BN sukar menang PRN Sabah tanpa kelibat Najib berkempen

 

Najib Razak berucap pada kempen PRN Sabah 2020.

Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi cabaran besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang perlu diadakan dalam tempoh lapan bulan lagi, khususnya selepas ketiadaan Datuk Seri Najib Razak sebagai faktor utama dalam kempen mereka.  

Pada PRN Sabah 2020, Najib memainkan peranan penting dengan turun padang dan menggerakkan jentera BN di hampir semua kerusi yang ditandingi. 

Kehadirannya mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Sabah, sekali gus menyumbang kepada kemenangan beberapa calon BN ketika itu. 

Namun, keadaan kini berbeza apabila beliau tidak lagi dapat berkempen kerana masih dipenjarakan, menyebabkan BN perlu mencari strategi baharu untuk menawan semula hati pengundi.  

Seperti yang dinyatakan oleh penganalisis politik, Lim Sian See, selain faktor ketiadaan Najib, BN Sabah turut berdepan cabaran lain apabila ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah diarah membela diri dalam kes rasuah beberapa bulan lalu. 

Perkembangan ini boleh memberi kesan terhadap keyakinan rakyat, terutama dalam kalangan pengundi atas pagar yang cenderung menilai integriti calon dan kepimpinan parti sebelum membuat keputusan.  

Persoalan utama kini ialah siapa dalam UMNO-BN yang mampu menjadi faktor tarikan dalam kempen PRN Sabah 2025. 

Tanpa sosok berpengaruh yang dapat menarik sokongan rakyat seperti Bossku, BN berisiko kehilangan momentum, lebih-lebih lagi jika bertanding secara solo tanpa sokongan rakan gabungan yang kuat.  

Keputusan PRN Sabah kali ini bakal menjadi penentu sama ada BN masih relevan di negeri itu atau semakin tenggelam dalam persaingan politik yang semakin sengit.


BACA LAGI


MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan