Kamu patut malu, Amerika Syarikat! - Akmal

 


Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mencadangkan agar negara itu mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin ke negara jiran.  

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, cadangan tersebut bukan sahaja tidak masuk akal, malah merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan sesebuah negara, mencabuli undang-undang antarabangsa serta menunjukkan kejahilan terhadap realiti konflik di Palestin.  

"Tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Konvensyen Geneva serta resolusi-resolusi antarabangsa yang menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Dr Akmal berkata, Pemuda UMNO mengesyorkan agar Wisma Putra segera mengeluarkan nota bantahan rasmi terhadap kerajaan Amerika Syarikat serta memanggil Duta Besar negara itu ke Malaysia bagi menyatakan pendirian tegas negara dalam isu ini.  

"Malaysia tidak boleh berdiam diri apabila kedaulatan sebuah negara diceroboh dan hak rakyatnya diabaikan," katanya.  

Beliau turut menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN supaya mengambil pendirian tegas dalam menolak sebarang tindakan yang mencabuli hak asasi rakyat Palestin serta menjejaskan kestabilan rantau tersebut.  

Menurutnya, penyelesaian kepada krisis di Gaza bukanlah melalui penjajahan baharu oleh kuasa besar, tetapi melalui keadilan dan pematuhan terhadap hak asasi manusia.  

"Kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan hak mereka untuk bebas daripada kezaliman dan penjajahan.

"Kamu patut malu, Amerika Syarikat!" tegasnya.


BACA LAGI






Check out Wangian Kasturi Kijang Original Minyak Wangi Kasturi Putih Hitam Sunnah for RM60.00 - RM160.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/qUFua24fK?share_channel_code=1 

Catat Ulasan

0 Ulasan