Jangan berat sebelah wahai Jelutong - Akmal

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengecam sikap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang didakwa bersikap berat sebelah kerana tidak menggesa tindakan segera diambil terhadap individu yang menghina agama Islam.  

Beliau merujuk kepada Vijayan Savarinathan, seorang pengguna media sosial yang videonya tular baru-baru ini selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam. 

Video tersebut mencetuskan kemarahan umat Islam apabila Vijayan didakwa memperlekehkan ajaran agama itu khususnya dari segi solat di masjid.

Dr. Akmal mempersoalkan mengapa Rayer hanya mendesak penyampai radio dan pendakwah bebas, Zamri Vinoth dikenakan tindakan tetapi tidak terhadap Vijayan.  

“Tindakan segera juga perlu diambil terhadap individu yang menghina agama Islam ini. Kenapa hanya terhadap penyampai radio dan Zamri sahaja? Jangan berat sebelah wahai Jelutong.  

“Adakah kamu takut kehilangan undi jika meminta tindakan dikenakan terhadap individu yang menghina Islam ini juga? Hormatilah semua agama dan bangsa, bukan hanya satu agama dan satu bangsa sahaja,” katanya dalam hantaran Facebok, hari ini.

Terdahulu, RSN Rayer lantang menggesa tindakan segera diambil terhadap penyampai radio Era FM yang didakwa menyinggung sensitiviti penganut Hindu, selain menuntut tindakan terhadap Zamri Vinoth. 

Namun, beliau tidak mengeluarkan kenyataan sama terhadap Vijayan, yang kini sedang disiasat pihak berkuasa.  

BACA LAGI


MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan