Dr. Dzulkefly bersyukur majlis Aidilfitri KKM penuh meriah dan harmoni

 


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersyukur Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran kementeriannya kelmarin berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Terima kasih juga kepada semua warga kerja Kementerian Kesihatan, khususnya bahagian-bahagian yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. 

"Jelas terpancar semangat ukhuwah dan kerjasama erat dalam kalangan kita.

"Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi medan untuk memperkukuh silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam keluarga besar Kementerian Kesihatan," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran dan persembahan artis-artis terkenal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah.

MENARIK





Catat Ulasan

1 Ulasan