Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan bahawa pemilik akaun media sosial bernama Ramzul Ikbal Saiful Aula (رمزول إقبال سيف الأولى) yang menulis melalui satu hantaran di media sosial beliau sendiri, bukan lagi merupakan kakitangannya sejak 2018.
Menurutnya, individu tersebut hanya pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kontrak dalam kapasiti sebagai Penerbit Rancangan, dan bukan Pegawai Hal Ehwal Islam atau pemegang jawatan tetap di JAKIM.
Sehubungan itu, kata JAKIM, segala kenyataan, pandangan atau komen yang dikongsikan oleh beliau dalam media sosial adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi JAKIM.
"Jabatan ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh bekas pegawai kontrak tersebut selepas tamat perkhidmatannya.
"JAKIM menyeru orang ramai untuk sentiasa merujuk kepada sumber rasmi jabatan bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
1 Ulasan
camna pulak tu?
BalasPadam