Jangan manipulasi isu MH17 untuk kecam PMX

Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Politik Menteri Kewangan I, Kamil Munim hari ini:

'Kebetulan' laporan ICAO tersebut hanya dikeluarkan lewat malam semalam, sehari sebelum Perdana Menteri tiba di Moscow. 

Undangan kepada PM bukan dipanjangkan oleh Kremlin pada minggu lalu, tetapi beberapa bulan sebelum ini. Malah, semasa  PM ke Vladivostok tahun lalu undangan yang sama telah disampaikan. 

Justeru, apa yang penting adalah laporan tersebut tidak seharusnya dieksploit dan ditunggang oleh pihak-pihak yang picisan dan dangkal isu. 

Jangan kita mudah terheret dengan permainan kuasa-kuasa besar dengan membantu menghalakan peluru musuh ke arah kita. Mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk membenih dan mengaut laba politik murahan. 

Malaysia sudah tentu dan akan terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17. 

Malah, rekod Malaysia di pentas dan arena diplomasi kekal cemerlang, bijaksana dan tegas seperti yang ditonjolkan dalam pelbagai siri lawatan dan kunjungan rasmi PM. Malaysia tidak berhasrat untuk berganjak dari posisi ini. 

Dan Insya-Allah, kunjungan rasmi ke Rusia ini tentunya akan membuahkan hasil, meneruskan momentum serta memberi laba kepada negara dan rakyat lantas meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas, bermaruah dan berwibawa.


BACA LAGI

MENARIK






Catat Ulasan

0 Ulasan