Ketidakharmonian tercetus kalau PKR terima keahlian Tengku Zafrul

 


Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini:

1. Merujuk kepada kenyataan YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di dalam laman sosial peribadi beliau, UMNO sehingga saat ini belum menerima secara rasmi surat perletakan jawatan beliau.

2. UMNO memandang serius niat perletakan jawatan beliau kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat.

3. Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

4. Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan