Zaman Najib fitnah Malaysia nak bankrap, tapi sekarang hutang negara naik berlipat ganda

 


Penganalisis politik, Lim Sian See menyifatkan tindakan puak-puak yang dahulu tak habis-habis menuduh negara akan bankrap semasa zaman Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sebagai sungguh ironi.

Menurut beliau, rupa-rupanya merekalah yang naikkan hutang negara pada kadar berganda lebih laju, sampai cecah paras yang jauh lebih membimbangkan.

"Dulu bising konon RM686 bilion tu bahaya. Sekarang dah nak cecah RM1.3 trilion dalam seminggu dua, terus senyap macam tak ada apa-apa," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sian See menambah, menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara semalam, jumlah hutang langsung negara telah meningkat kepada RM1.277 trilion setakat akhir suku pertama 2025.

Beliau berkata, ini juga bermakna nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini mencecah 65.5%, sekali gus melepasi siling hutang 65%.

"Nisbah hutang kepada KDNK:

Q4 2015 (Najib): 53.6%

Q4 2016 (Najib): 51.9%

Q4 2017 (Najib): 50.0%

Q1 2018 (Najib): 48.7%

Q4 2022 (PN): 60.3%

Q4 2023 (Madani): 64.3%

Q4 2024 (Madani): 64.6%

Q1 2025 (Madani): 65.5%.

"Dengan mengambil kira pinjaman baharu sebanyak RM19 bilion yang dibuat sepanjang April dan Mei setakat ini, jumlah hutang langsung Malaysia kini telah meningkat kepada RM1.296 trilion, dan dijangka mencecah RM1.3 trilion buat kali pertama dalam tempoh seminggu dua lagi," jelasnya.

Sebagai perbandingan, kata Sian See, pada 2017 semasa era Najib, jumlah hutang langsung hanyalah RM686.8 bilion.

"Pada akhir 2022 semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN), jumlahnya sekitar RM1.0796 trilion," katanya.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan