Kami lagi hairan Rafizi boleh 'lepas' 3 kes mahkamah

 


Dalam kenyataan media semalam, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan beliau hairan mengapa pihak pendakwaan gagal mengumpul bukti bagi membolehkan perbicaraan kes SRC 2.0 terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimulakan.

Namun, rakyat sebenarnya lebih hairan memikirkan bagaimana Rafizi boleh 'terlepas' daripada tiga kes mahkamah semasa era PH 1.0 dahulu.

Berikut adalah hantaran Facebook Najib Razak semalam:


Kali Pertama: Kes Fitnah Jenayah Tabung Haji

Dalam kes fitnah jenayah yang menyebabkan kerugian besar kepada Tabung Haji sehingga memerlukan bail-out RM20 bilion oleh kerajaan PH 1.0, mahkamah telah memutuskan terdapat prima facie terhadap tertuduh dan dia diarahkan untuk membela diri.

Namun, pada hari pertama prosiding bela diri, pihak Pendakwa Raya memaklumkan bahawa mereka telah diarahkan oleh Peguam Negara masa itu untuk tarik balik kes, dan pertuduhan digugurkan begitu sahaja.

Kali Kedua: Kes OSA Rafizi

Rafizi sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan keputusan itu diperkuatkan oleh Mahkamah Tinggi.

Tetapi semasa rayuan di Mahkamah Rayuan, Rafizi tidak merayu sabitan, hanya merayu agar hukuman penjara ditukar kepada bon berkelakuan baik selama dua tahun.

Pendakwa Raya di bawah kerajaan PH tidak membantah permintaan tersebut, dan Mahkamah Rayuan pun bersetuju.

Ini bermakna sabitan bersalah kekal, cuma hukuman penjara diganti dengan amaran tingkah laku. Satu bentuk 'penyelamatan' politik yang halus.

Kali Ketiga: Kes BAFIA Rafizi

Rafizi didakwa di bawah Akta BAFIA kerana memiliki dan mendedahkan maklumat perbankan tanpa kebenaran.

Pada tahun 2018, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan setelah mendapati dia bersalah.

Namun Mahkamah Tinggi membebaskannya bukan kerana dia tidak bersalah, tetapi kerana isu teknikal: beberapa dokumen penting yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hanyalah salinan fotostat yang tidak disahkan.

Walaupun Pejabat Peguam Negara pada awalnya merayu ke Mahkamah Rayuan, Pendakwa Raya kemudian menarik balik rayuan tersebut.

Hasilnya, Rafizi terlepas daripada rekod sabitan jenayah - satu lagi keputusan luar biasa yang berlaku pada zaman PH 1.0 ketika Tommy Thomas menjadi Peguam Negara.


Tiga kes, satu pola: semuanya berakhir dengan kelebihan memihak kepadanya sebab kami dan ramai tak faham dengan tindakan Pendakwa Raya yang luar biasa ketika itu.

Perkara yang paling ramai rakyat - tak kira penyokong PH atau bukan - langsung tak boleh faham ialah macam mana satu pun formula yang dia cuba, tak ada satu pun yang menjadi… sampai akhirnya dia sendiri letak jawatan.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan