Berikut adalah kenyataan media Pejabatan Ketua Penerangan Pusat USNO hari ini:
1.Pejabat Ketua Penerangan Pusat USNO telah mengesan beberapa akaun yang tidak bertanggungjawab telah menularkan sebuah video pergaduhan melibatkan individu seakan-akan sosok Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
2.Kenyataan penafian ini dikeluarkan untuk menafikan serta menjelaskan bahawa individu dalam video tersebut bukanlah Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
3.Video rakaman tersebut sebenarnya adalah video tular dari negara seberang, di mana dua warga emas sedang berkelahi dengan seorang pemuda di Dewan Persidangan Antarabangsa (ICC), Brunei.
4.Menurut kenyataan rasmi daripada Unit Perhubungan Awam, Pejabat Pesuruhjaya Polis, Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei - kejadian video tular tersebut berlaku pada 26 Jun 2025 di Berakas, Brunei.
5.Pada tarikh yang sama, Presiden USNO sedang berada di Kota Kinabalu, Sabah hingga ke hari ini. Pejabat Penerangan USNO Pusat mengecam tindakan bertanggungjawab beberapa pemilik akaun yang menularkan video ini dengan 'caption' tuduhan liar terhadap Presiden USNO.
6.Fitnah jahat dan tuduhan tidak berasas ini pastinya berniat serong untuk mengaibkan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Nasihat kami, berpolitiklah secara matang, sihat dan janganlah gunakan kaedah fitnah seperti ini.

0 Ulasan