Pemuda Amanah NS persoal arahan MB tangguh mesyuarat ALP hospital

 


Berikut adalah kenyataan media Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Zainal Lutfi Zainal Fitry hari ini:

Gempar harini apabila mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Negeri Sembilan diarah tangguh serta merta di seluruh Negeri Sembilan. ALP Jempol sedang bermesyuarat dan dihentikan serta merta. Arahan ini datang dari surat bertarikh 25 Jun 2025 oleh YB Exco Kesihatan Negeri Sembilan. Kandungan surat tersebut tertulis bahawa arahan terus dari MB Negeri Sembilan menyatakan supaya semua mesyuarat ALP Hospital dan Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan seluruh Negeri Sembilan ditangguhkan serta merta.

Ada ALP yang mengadu telah mengambil cuti kerja untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Ada pula yang telah mengambil servis Grab dari Kemaman ke Kuala Pilah untuk memastikan dirinya hadir ke mesyuarat hari ini. Ini menunjukkan komitmen dan tanggungjawab yang sangat bagus pada ahli ALP.

Untuk pengetahuan, ini adalah mesyuarat kali-pertama (1) Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital untuk penggal 2025-2027. Bayangkan sudah hampir 6 bulan baru mahu mula mesyuarat ALP namun mesyuarat pertama ini terpaksa ditangguh serta merta.

Persoalan :

1) Inikah budaya pentadbiran tertinggi Negeri Sembilan buat kerja "last minit" sampai membebankan beberapa ahli ALP?

2) Apakah isu penangguhan serta merta ini? perlu penjelasan segera.

3) Bukankah ALP hospital dan Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan adalah hak prerogatif YB Menteri Kesihatan? Kenapa ada arahan dari MB untuk masuk campur dalam mesyuarat pertama ini? Apakah ada kekeliruan dalam hak perlantikan federal dan negeri dalam hal ini?

4) Kerugian ahli ALP siapa nak tanggung?

5) ALP Hospital adalah jambatan kepada komuniti, adakah ini contoh yang perlu dipamerkan kepada komuniti? Bila mesyuarat ALP/ tauliah mahu dilaksanakan? Bila boleh ALP laksanakan tugas-tugas & bakti pada Hospital & komuniti?

Pemuda AMANAH Negeri Sembilan menuntut penjelasan pihak-pihak berkenaan.

BACA LAGI  




Catat Ulasan

0 Ulasan