Memang patut sangat Tommy Thomas kena saman dengan Najib

 

Tindakan saman yang diambil oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memang amat wajar.

Menurut hantaran Facebook Najib Razak malam tadi, langkah itu diambil selepas wujud segelintir pihak yang masih mempercayai fitnah terhadap Najib yang dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, meskipun beliau tidak pernah didakwa atau dipanggil menjadi saksi dalam mana-mana perbicaraan berkaitan kes berkenaan, termasuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Disebabkan ada juga segelintir yang masih percaya fitnah yang telah berlegar lebih 15 tahun, walaupun Najib tidak pernah didakwa atau dipanggil menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya – termasuk dalam beberapa perbicaraan selepas PRU14 – maka Najib telah mengambil tindakan saman terhadap Tommy atas tuduhan fitnah yang sama,” katanya.

Katanya, tujuan utama tindakan saman itu adalah bagi membersihkan nama Najib dan menyangkal tuduhan yang dianggap tidak berasas.

“Tujuannya jelas: untuk membuktikan kepada dunia bahawa segala tuduhan berkenaan Najib terlibat dalam kes Altantuya itu adalah fitnah semata-mata,” kata kenyataan itu lagi.

Perbicaraan kes saman berkenaan yang difailkan Najib terhadap Tommy telah bermula pada Oktober 2024 dan masih berjalan sehingga kini.

Saman itu adalah berkaitan kenyataan fitnah membabitkan pembunuhan Altantuya dalam buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness tulisan Tommy.

Turut disaman ialah GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd (GB) sebagai defendan.

Najib mendakwa Tommy telah mengarang dan menyebabkan penerbitan buku itu yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya pada 27 Oktober 2021.

Ia merupakan saman kedua difailkan Najib selepas beliau mengambil tindakan undang-undang sama terhadap Tommy pada 22 Oktober lalu atas dakwaan melanggar kuasa dalam jawatan awam apabila mendakwanya berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tommy didakwa menulis dan menyebabkan buku berkenaan diterbitkan yang mana defendan membuat kenyataan fitnah yang serius terhadapnya dalam bab ke-42 buku itu dengan tajuk ‘Altantuya’.

Najib mendakwa beliau dipaparkan dengan meluas dalam bab 42 dan bab lain buku berkenaan yang mana pembaca akan mengetahui kenyataan fitnah yang merujuk kepadanya.

Najib memohon perintah supaya defendan memadamkan kenyataan fitnah dalam buku itu dan perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka daripada mengeluarkan kenyataan sama selain permohonan maaf dari pihak-pihak tersebut.

Turut dipohon ialah ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan