Berikut adalah hantaran Facebook Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam:
Saya melihat sendiri kesungguhan YAB PM yang ingin melonjak negara dengan caranya tersendiri. Di kala staf lain yang kepenatan, dan saat pesawat sedang membelah ruang udara membawa delegasi Malaysia dari Paris, Perancis ke Rio, Brazil, beliau masih tekun meneliti nota dan bersiap untuk ucapan penting di Sidang Kemuncak BRICS yang dijadualkan akan berlangsung di Rio.
Ini bukan rutin biasa beliau. Ia adalah cerminan usaha dan kesungguhan beliau untuk memastikan Malaysia bersedia di semua pentas dunia, termasuk BRICS, bagi memanfaatkan setiap peluang demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Tidak ada ruang untuk bersantai, and that has always been his style and rhythm. Following him is not for the faint-hearted.
Justeru, saya percaya tanpa pengorbanan seberat ini, negara akan terus berada di takuk lama. Dan sudah tentu akan timbul suara-suara sumbang yang pelbagai, namun ia tidak sedikit menggoncang keazaman dan iltizam beliau untuk negara. Beliau percaya di kala dunia yang semakin mencabar dan bergelora, Malaysia mesti bergerak ke hadapan dan berpaut pada asas yang kukuh agar kita terus teguh dan tidak ditinggalkan.
Saya mohon doa yang ikhlas dari semua agar PM terus diberi kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan agar beliau terus pikuk amanah berat ini demi membangun sebuah Malaysia yang cekal, berketerampilan dan madani.
0 Ulasan