Tun M tolak 'imuniti', cabar kerajaan bawa ke mahkamah

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak diberikan imuniti dalam isu Pulau Batu Puteh dan mencabar kerajaan supaya menghadapkannya ke mahkamah bagi membuktikan beliau bersalah.

Menurut beliau, keputusan yang diumumkan di Dewan Rakyat semalam seolah-olah menjatuhkan hukuman terhadap dirinya walaupun tiada sebarang tindakan diambil atas alasan faktor usia.

“Semalam di Dewan Rakyat, saya telah dijatuh hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Puteh.

“Walaupun saya dijatuh hukum bersalah, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pihak yang menjatuhkan hukuman, membuat keputusan tidak mengambil tindakan serta mengawal pendakwaan.

“Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar. Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Datuk Seri Anwar.

“Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwa raya. Begitulah hebat kuasanya. 

"Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwa raya atau hakim,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menegaskan beliau tidak memerlukan kekebalan dan bersedia untuk dibicarakan sekiranya kerajaan benar-benar yakin beliau bersalah.

“Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.

“Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.

“Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah,” katanya.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan