Kenapa Akmal jumpa Rauf?


Gambar pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh telah mencetuskan spekulasi.

Lebih-lebih lagi selepas Dr. Akmal memberitahu kelmarin bahawa beliau akan membuat pengumuman tentang kedudukannya dalam parti dan kerajaan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 minggu ini.

Beliau juga tidak menyatakan apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

"Hasrat dan isi hati telah saya luahkan kepada YAB Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh hari ini.

"Individu yang mengenalkan perjuangan UMNO kepada saya sejak dari saya menjadi pemimpin mahasiswa.

"Individu yang banyak mengajar saya tentang dunia kepimpinan dan perjuangan.

"Terima kasih bang, jasa dan ilmu yang abang berikan tidak mampu saya balas satu persatu.

"Saya berbangga dapat berkhidmat bersama," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan