Waytha Moorthy beri amaran kejatuhan Kerajaan Perpaduan

 

Berikut adalah kenyataan media Presiden MAP merangkap Pengerusi HINDRAF, P. Wayta Moorthy hari ini:

Rampasan kuasa bukan lagi sekadar spekulasi—ianya sedang terbentuk di dalam jantung Kerajaan Perpaduan sendiri. Hassan Karim telah melepaskan tembakan amaran, disertai sembilan lagi Ahli Parlimen, menandakan kehilangan keyakinan yang ketara dan semakin meningkat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. 

Ini bukan sekadar perbezaan pendapat—ini adalah permulaan yang diselaraskan ke arah pertukaran rejim. Rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan—DAP, BN, Amanah, GPS and GRS—perlu sedar akan realiti politik ini. Jika mereka gagal bertindak segera dan tegas untuk mendesak peletakan jawatan Anwar, mereka akan turut bersubahat dalam kehancuran kerajaan yang mereka sendiri bina. 

Keyakinan rakyat merudum. Platform media sosial dibanjiri kritikan, sindiran dan ejekan terhadap kepimpinan Anwar. Lebih membimbangkan, ketidakpuasan hati sedang membuak dalam kalangan Kerajaan Perpaduan itu sendiri. 

Amaran yang dikeluarkan oleh Hassan Karim bukanlah satu kejadian terpencil—ia adalah petanda awal pemberontakan dalaman. Rafizi dan 9 Ahli Parlimen itu sendiri mungkin memulakan undi tidak percaya yang akan disokong oleh Pembangkang. Siapa tahu. Dalam politik, segala-galanya mungkin boleh berlaku. 

Cuba kira. Kerajaan Perpaduan mempunyai tepat 112 Ahli Parlimen pada awal pagi 20 November 2022 selepas PRU15, manakala 10 Ahli Parlimen UMNO dilaporkan menyokong PN. Namun, mereka berjaya dikawal oleh Presiden UMNO yang membawa kepada Anwar menjadi Perdana Menteri. 

Perkembangan terkini mendedahkan pelanggaran serius dan sistemik terhadap kebebasan kehakiman dan etika perlembagaan. Campur tangan terang-terangan oleh PM Anwar dalam sistem kehakiman, seperti tindakan luar biasa Pengerusi JAC sekarang—seorang Pemangku Ketua Hakim Negara yang masih berkhidmat—memintas notis sah 10 hari untuk bermesyuarat, dilihat ramai sebagai suatu rampasan institusi oleh PMX. Ini merupakan penyalahgunaan kuasa yang amat membimbangkan. 

Kelewatan sengaja dalam pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah tertinggi dalam badan  kehakiman untuk mengelak cadangan oleh bekas Pengerusi JAC, Tengku Maimun, menunjukkan satu gerakan politik yang dirancang oleh PMX. Kini menjadi rahsia terbuka bahawa JAC yang sedia ada telah didorong menyerahkan senarai calon-calon kehakiman baharu bagi pertimbangan Majlis Raja-Raja yang akan datang, manakala senarai asal yang disediakan mengikut lunas perlembagaan oleh Tengku Maimun telah disembunyikan. 

Konflik kepentingan melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah tidak boleh diterima. Kes gangguan seksual terhadapnya oleh Yusoff Rawther kini terbelit dengan permohonan imuniti di Mahkamah Persekutuan—secara ironinya, Mahkamah Persekutuan yang telah and akan diubah oleh hakim-hakim yang dipilih mengikut arahan PMX sendiri. 

Pelantikan secara tergesa-gesa tanpa melalui JAC  bekas Peguam Negara, Terriyuddin, ke Mahkamah Persekutuan hanya menambahkan kebimbangan mengenai manipulasi kehakiman. Terriyuddin sendiri mungkin berdepan tribunal untuk penyingkiran. 

Hakikatnya jika DAP, BN, AMANAH, GPS AND GRS  terus berdiam diri dan gagal memujuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk segera meletak jawatan, mereka berisiko menyaksikan keruntuhan kerajaan mereka sendiri. Rampasan kuasa yang disokong dengan SD kepada Parlimen akan berlaku jika krisis ini tidak ditangani segera. 

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan