Ahli-ahli UMNO dan rakyat yang rasional diminta membela Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh yang bakal berdepan tuduhan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Jumaat ini.
Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Dr. Akmal bertindak demi patriotismenya kerana membantah Jalur Gemilang dipasang terbalik.
"Itu bukan tindakan perkauman," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Tuduhan terhadap Dr. Akmal di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu berkaitan perhimpunan aman anjuran Pemuda UMNO ekoran insiden bendera dipasang terbalik di sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Mohd. Puad menambah, dengan pertuduhan itu, maka tertunailah kehendak Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
"Dia membuat arahan agar semua sayap DAPSY buat laporan polis di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan," jelasnya.
0 Ulasan