Jalur Gemilang terbalik: Akmal sekolahkan ketua pemuda DAP

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengecam Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong dan Ketua DAPSY Negeri Sembilan, Lim Chun Weng atas kenyataan mereka berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Port Dickson baru-baru ini.

Menurut beliau, kenyataan Kah Leong yang mendakwa isu tersebut dipolitikkan dan menuduh rakyat yang menyuarakan kemarahan sebagai gagal membina jambatan perpaduan adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan dangkal.

“Bagaimana mahu membina jambatan perpaduan jika isu asas seperti menghormati bendera negara pun tidak difahami? Malah rakyat yang marah pula disalahkan, termasuk golongan orang kurang upaya (OKU),” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.



Dr. Akmal menegaskan, kemarahan rakyat bukan kerana kejadian ini pertama kali berlaku, tetapi kerana ia sudah berulang kali terjadi, terutamanya ketika bulan kemerdekaan, seolah-olah tiada langsung rasa hormat terhadap Jalur Gemilang.

Mengulas kenyataan Chun Weng yang mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) pemasangan bendera, beliau menyifatkan cadangan itu sebagai tidak masuk akal.

“Takkan untuk pasang bendera yang kita hormat dan lihat sejak dari tadika sampai ke tua pun perlu ada SOP? Takkan tidak tahu mana yang betul dan mana yang terbalik?

“Melainkan kamu memang tidak kenal langsung bendera Malaysia. Kalau begitu, kamu boleh saja cari di Google. Tak perlu minta KPM buat SOP,” tegasnya.

Katanya, apa yang diminta rakyat bukan alasan atau SOP, sebaliknya tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden memalukan itu.

BACA




Catat Ulasan

0 Ulasan