Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menegaskan, hubungan DAP dan UMNO akan terputus sekiranya parti cauvinis itu memutuskan hubungan dengannya.
"Putus hubungan dgn saya = putus hubungan dengan pemuda UMNO = putus hubungan dengan UMNO
"Ok 👌👌👌 Bring it on.." katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang menyeru kepimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Dr. Akmal susulan tindakannya yang didakwa bersifat provokasi.
“Gelagat Akmal semakin melampau dalam kaedah berpolitiknya kini menjadi ancaman nyata kepada keharmonian nasional dan kedaulatan undang-undang.
“DAPSY Pulau Pinang menegaskan bahawa perbuatan sebegini tidak boleh dimaafkan dan menggesa DAP dan DAPSY Kebangsaan untuk memutuskan semua bentuk hubungan kerjasama politik dengan Akmal khususnya dalam PRU yang akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
0 Ulasan