Saya tiada apa-apa yang mampu untuk diperkatakan lagi - Akmal

 


Luahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh dalam hantaran Facebook semalam mencuit perhatian ramai netizen.

"Sayang saya pada agama, bangsa dan tanah air ini tiada nilainya.

"Jika itulah yang dianggap dan diperkatakan akhirnya.

"Saya tiada apa-apa yang mampu untuk diperkatakan lagi. Terima kasih," katanya.

Dr. Akmal menjadi mangsa serangan dan kecaman pemimpin-pemimpin DAP dan DAPSY yang kurang cerdik ekoran kelantangannya mempertahankan maruah Jalur Gemilang.

Namun, beliau tidak bersendirian kerana disokong oleh jutaan rakyat termasuk akar umbi UMNO.

Cuma Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam memilih jalan songsang bersekongkol dengan pimpinan DAP dan DAPSY mengecam Dr. Akmal.

Akibatnya, Lokman dikecam teruk oleh akar umbi UMNO yang sejak dari dahulu lagi bosan dengan sikapnya yang terlalu mengampu Pakatan Harapan (PH). 

BACA LAGI 




Catat Ulasan

0 Ulasan