Suara DAP kurang keras dalam isu buli Zara Qairina - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, suara DAP kurang keras dalam isu membabitkan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir  berbanding pendirian mereka terhadap isu bendera terbalik sebelum ini.

Menurut Mohd. Puad, ada pihak menjadi sensitif apabila beliau bertanya kenapa Ti Lian Ker, MCA, LFL dan DAP senyap sepi dalam isu Zara Qairina. 

Mereka menjawab, DAPSY dan MCA telah mendesak Kementerian Pendidikan menggantung tugas guru yang sedang disiasat.

“Maksud saya kenapa suaranya tidak keras? Dalam isu bendera terbalik suara mereka keras. 

"Adakah kerana Zara orang Melayu? Sedangkan yang pasang bendera terbalik bukan Melayu?” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.

Mohd. Puad berkata, semasa isu bendera terbalik, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengarahkan DAPSY membuat laporan polis terhadap Dr. Akmal Saleh sehingga timbul desakan supaya DAP memutuskan hubungan dengan Ketua Pemuda UMNO itu.

“Apa jadi jika Presiden UMNO bertindak balas? Ada pula yang mendesak DAP putus hubungan dengan Akmal,” katanya.

Beliau menegaskan kes Zara Qairina melibatkan unsur buli dan jenayah penyebaran berita palsu yang wajar diberi perhatian sama tegas.

"Harap Anthony Loke kerah DAPSY buat laporan polis. Jangan hanya tunduk hormat di hadapan keluarga Teoh Beng Hock,” tegasnya.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan