Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mencabar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk bertugas atas panggilan (on call) di hospital.
Beliau melontarkan cabaran itu ekoran kenyataan Johari yang menolak cadangan elaun Ahli Parlimen ditolak 50 peratus bagi membolehkan doktor yang berkhidmat dengan kerajaan menikmati kenaikan gaji.
Dr. Akmal memberitahu, dengan cara itu, Johari dapat tahu situasi yang dihadapi para doktor kerajaan.
"YB sedap tidur di rumah besar, katil empuk, ada air cond.
"Mereka bersengkang mata, bekerja untuk menyelamatkan nyawa!!" katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Dalam rancangan temu bual bersama BFM baru-baru ini, Johari turut membuat perbandingan di mana doktor menerima gaji mereka sepenuhnya berbanding wakil rakyat yang menggunakan sebahagian elaun mereka untuk menyalurkan sumbangan kepada orang ramai.
Dr. Akmal menyindir Johari kerana membuat kenyataan kurang bijak dan tindakan kurang cerdik namun beroleh pendapatan berpuluh ribu ringgit.
"Kalau tak nak bagi, tak perlu pun buat kenyataan macam ni.
"Buat rakyat sakit hati je dengan orang politik ni," katanya.
0 Ulasan