Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Sabah agar tidak mudah termakan dengan gerakan pecah belah yang cuba dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, hari ini, dibuktikan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri membuahkan hasil, menyelesaikan masalah rakyat dan membawa manfaat untuk semua.
"Insya-Allah, 10 Oktober ini, Belanjawan 2026 akan terus memperlihatkan iltizam Kerajaan MADANI merencana pendekatan terbaik demi membantu rakyat, memperkukuh ekonomi serta memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Sementara itu, beliau mengingatkan bahawa hasil bumi Malaysia yang melimpah ruah sebenarnya cukup untuk semua rakyat hidup selesa.
"Namun jika kekayaan negara dibolot oleh segelintir yang tamak, rakyatlah yang akhirnya merana.
"Justeru, saya ingatkan agar kita mesti berdiri teguh menyokong pemimpin yang tidak merompak harta negara.
0 Ulasan