Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menasihatkan SPRM agar menumpukan usaha mencari menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa berada di Abu Dhabi untuk berdepan pertuduhan kes Jana Wibawa.
Menurut beliau, langkah itu lebih baik daripada hasrat SPRM menyiasat kesilapan teknikal FAM menghantar dokumen naturalisasi pemain warisan negara.
Mohd. Puad turut mencadangkan agar SPRM memberi tumpuan terhadap isu rasuah mineral di Sabah dan 'maha kaya' yang baru muncul.
"Mujur SPRM batal perancangan untuk menyiasat kesilapan teknikal FAM hantar dokumen naturalisasi pemain warisan negara.
"Jika tidak, saya turut hairan kenapa SPRM mahu siasat semua kes," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Beliau berkata, siasatan SPRN di pejabat FIFA bukan sahaja membazir duit pembayar cukai tetapi hilang fokus.
"Bab tuduhan pemalsuan biar polis yang siasat," jelasnya.

0 Ulasan