MCA dijangka berdepan masalah untuk mendapat undi daripada orang Melayu yang menyokong PAS sekiranya parti itu memilih untuk keluar BN sebelum PRU16.
Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, undi orang Melayu yang menyokong UMNO adalah lebih terjamin.
Beliau mendakwa, kluster Datuk Seri Ti Lian Ker memang mahu MCA keluar segera supaya parti itu boleh bertanding banyak kerusi dan berharap kepada undi Melayu daripada penyokong PAS dan Bersatu.
"Tetapi pimpinan MCA bimbang apa yang berlaku pada Presiden Gerakan akan berlaku kepada MCA.
"Dominic Lau tewas di PRN 2023 Bayan Lepas (kubu PAS). Berkempen atas pentas PAS pun dihalang," jelasnya dalam hantaran Facebook hari ini.
Mohd. Puad juga mendakwa MCA kini berpecah kepada dua kluster.
Beliau berkata, satu kumpulan mahu MCA keluar segera daripada BN.
"Satu lagi masih teragak agak buat keputusan," katanya.

0 Ulasan