Waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap menantu Muhyiddin

Waran tangkap terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan iaitu menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah dikeluarkan bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, SPRM kini sedang melaksanakan beberapa tindakan bagi membantu siasatan termasuk melalui kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa.

“Semua sedia maklum bahawa beliau (Adlan) berada di luar negara. Kita telah mengambil tindakan yang sebelum ini orang ramai tidak tahu. Tindakan yang sedang dilaksanakan memerlukan bantuan dari negara berkaitan.

“Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! Online hari ini.

Beliau memaklumkan, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang maklum balas rasmi daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berhubung permohonan berkaitan kes itu.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Adlan, yang melarikan diri sejak lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara di Asia Barat.

“Mungkin SPRM boleh memberikan persoalan (penjelasan) itu,” katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan