SPRM minta wanita dalam video hadir beri keterangan

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan, Albert Tei, yang tersebar semalam untuk hadir ke Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

Menurut beliau, kehadiran wanita terbabit amat penting bagi membantu siasatan kes yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

"SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025. 

"Selain itu, SPRM juga telah menghubungi Albert dan meminta individu ini hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh yang sama," katanya dalam kenyataan media semalam.

SPRM ingin mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan