Letak jawatan? Akmal beri jawapan pada PAU nanti

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh akan mengumumkan kedudukannya dalam parti dan kerajaan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang bermula 14 Januari 2026.

"Siapalah kita tanpa rakyat yang mengangkat kita pada hari ini," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.

Beliau turut mengesahkan, Pemuda UMNO akan membawa usul penyatuan orang Melayu dan Islam pada perhimpunan tersebut.

Dr. Akmal berkata, mereka telah bersuara pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO 3 Januari lalu dengan mendengar suara awam.

"Insya-Allah kita teruskan bersuara di Perhimpunan Agung UMNO pula minggu depan membawa suara akar umbi parti melalui cawangan dan bahagian.

"Demi penyatuan agama bangsa kita," katanya.

Beliau meminta pemimpin-pemimpin UMNO agar jangan takut untuk bercakap mengenai perkara yang betul.

"Bukan kerana jawatan dan pangkat kita menjadi pemimpin, tetapi kerana rakyat di bawah," jelasnya.

Ketika berucap pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Dr. Akmal mendesak agar UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan berikut sikap angkuh Pakatan Harapan (PH) yang menggores hati akar umbi parti keramat Melayu itu.

Beliau juga mencadangkan supaya UMNO dan PAS bekerjasama untuk menyambung semua usaha penyatuan Melayu melalui Muafakat Nasional.

Pemimpin-pemimpin PH terutamanya budak-budak DAPSY yang kurang cerdik terus sentap dan meroyan mendesak Dr. Akmal meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka walhal DAP cuma menumpang kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan