Pemilihan UMNO 2026 mesti diteruskan, jangan tangguh

 

UMNO dijadual untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat tahun ini setelah kali terakhir diadakan pada 2023.

Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pula dijangka berlangsung pada 2027, malah ada yang meramalkan boleh berlaku tahun ini.

Sudah menjadi kelaziman UMNO menangguhkan pemilihan parti apabila PRU bakal diadakan dalam masa setahun dua lagi.

Alasan yang sering digunakan adalah untuk memastikan supaya tidak berlaku krisis dalaman yang boleh menjejaskan parti pada PRU.

Maka, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 dilihat mungkin menjadi penentu sama ada pemilihan parti akan diteruskan tahun ini atau sebaliknya.

Sekiranya usul menangguhkan pemilihan dibentangkan, para perwakilan mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menolaknya.

Dalam hal ini, perwakilan perlu membuat keputusan yang bijak agar ketetapan yang dibuat benar-benar mewakili suara dan hasrat akar umbi.

Sekiranya pemilihan diteruskan, akar umbi berpeluang untuk memilih barisan kepimpinan yang difikirkan benar-benar mantap untuk memastikan UMNO dan BN kembali dominan dalam arena politik negara.

Setelah keputusan kurang memberangsangkan pada PRU15, sudah tentu akar umbi mahu melihat parti kembali bangkit dengan barisan kepimpinan baharu yang lebih mendengar suara dan hasrat mereka. 

Selain itu, semua jawatan termasuk yang tertinggi perlu dibuka untuk dipertandingkan bagi memastikan semua pemimpin yang dipilih benar-benar menepati kehendak akar umbi.

Sistem pemilihan Majlis Kerja Tertinggi sedia ada di peringkat bahagian juga sewajarnya dikekalkan agar akar umbi dapat mengambil bahagian dalam  proses penting ini.

Cadangan untuk mengembalikan pemilihan MKT pada PAU merupakan langkah ke belakang dan meletakkan masa depan parti di tangan kumpulan minoriti yang mungkin tidak sehaluan dengan majoriti akar umbi.

Jangan ketepikan pandangan akar umbi. Kegagalan mendengar suara mereka boleh menyebabkan prestasi buruk PRU15 dan pilihan raya enam negeri berulang pada PRU16. 

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan