Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa, rakyat tidak berminat dengan pelbagai perkara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau percaya rakyat lebih berminat dengan perkembangan politik terkini.
"PMX umum macam-macam, tetapi nampaknya orang tidak kisah.
"Mereka berminat Muafakat Nasional dan politik Perlis," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar mengumumkan tarikh-tarikh penting berhubung pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), SARA untuk Semua dan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun ini.
Beliau turut mengumumkan mengenai beberapa rang undang-undang yang bakal dibawa ke Parlimen termasuk bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.
Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mencadangkan supaya UMNO dan PAS bersama dalam usaha menggerakkan perpaduan orang Melayu dengan menghidupkan semula Muafakat Nasional.
Cadangan itu menerima reaksi positif daripada pemimpin-pemimpin PAS namun pada masa yang sama, menyebabkan pemimpin-pemimpin DAP terciduk lantas meroyan.

0 Ulasan