Sehubungan itu, SKMM berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang berpotensi menyebabkan kekeliruan awam serta menjejaskan keharmonian masyarakat.
"Pihak China Press telah dipanggil ke ibu pejabat SKMM untuk rakaman keterangan petang tadi," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, SKMM menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan kandungan dalam talian secara rasmi melalui saluran aduan SKMM di portal aduan.skmm.gov.my (aduan.skmm.gov.my in Bing), bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan fakta dan proses yang sah.
SKMM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, komen melampau atau kenyataan bersifat fitnah, khususnya di media sosial dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

0 Ulasan