Yang renggang kembali bertaut?

 

Segala spekulasi berhubung kemungkinan Perikatan Nasional (PN) terbubar berakhir apabila bekas Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dan kepimpinan PAS kembali bersepakat.

"Alhamdulillah. Kami berbincang dan bersepakat untuk mengukuhkan PN," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Presiden Bersatu itu turut berkongsi tiga gambar yang memaparkan beliau bersama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut bersama ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali.

Sebelum ini, hubungan PAS dan Bersatu kelihatan renggang selepas berlaku konflik politik di Perlis sehingga menyebabkan pertukaran Menteri Besar.

Tindakan ADUN-ADUN Bersatu dan tiga ADUN PAS menarik sokongan terhadap bekas Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli telah mencetuskan polemik dalam PN.

Para pemimpin dan ahli PAS tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Perlis.

Muhyiddin kemudian mengumumkan peletakan jawatan selaku Pengerusi PN diikuti Azmin sebagai Setiausaha Agung PN.

Selain itu, timbul desakan dari dalam PAS dan Bersatu sendiri agar PN menamakan pemimpin selain Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan politik tersebut.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan