Tangguh pemilihan, Zahid kekal ketuai UMNO hadap PRU16

 

UMNO akan bertempur dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dengan barisan kepimpinan sedia ada setelah pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung diadakan tahun ini ditangguhkan.

Pemilihan UMNO bagi penggal baharu akan diadakan selepas PRU16.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, UMNO mempunyai tempoh 18 bulan dari tarikh akhir pemilihan atau selepas pilihan raya umum, berdasarkan perkiraan mana yang lebih awal untuk membuat pemilihan parti.

Menurut beliau, perkara itu sudah termaktub sesuai pindaan perlembagaan UMNO yang dibuat sebelum ini.

“Perlembagaan UMNO telah dipinda iaitu selepas 18 bulan dari tarikh akhir pemilihan atau selepas pilihan raya, mana-mana yang datang dulu (untuk dibuat pemilihan parti),” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette semalam.

Pemilihan UMNO kali terakhir diadakan pada 2023 dan Ahmad Zahid serta Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengekalkan jawatan masing-masing apabila jawatan yang disandang mereka tidak dipertandingkan.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan