KJ mohon UMNO batal pemecatan keahliannya

 

Atas semangat Rumah Bangsa, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin secara rasminya memohon agar pemecatan keahliannya dari UMNO dibatalkan dan nombor keahliannya diaktifkan semula. 

Beliau berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Majlis KerjaTertinggi UMNO dan Jawatankuasa Rumah Bangsa dapat mempertimbangkan hasrat itu dengan sewajarnya.

Khairy berkata, pada saat politik tanah air berdepan dengan ketidaktentuan dan lautan bergelora, sangat penting bahtera perjuangan bangsa iaitu UMNO yang ditubuhkan untuk menyatukan orang Melayu dan membangunkan negara untuk seluruh rakyat diperkuatkan.

"Saya tidak minta kembali kepada bahtera bangsa ini dengan apa-apa syarat, hajat peribadi atau permintaan. Cukuplah untuk saya diberi peluang untuk menjadi seorang anak kapal biasa.

"Jika ada papan yang longgar, saya akan membantu mengetatkannya. Jika ada paku yang perlu dipalu, saya akan bantu memalunya. Jika ada palka yang perlu ditutup rapat agar air tidak masuk, saya akan pastikan ia terkunci kemas.

"Yang penting, bahtera bangsa ini terus berlayar meredah ombak dan badai zaman, membawa bersama harapan besar: penyatuan sebuah bangsa yang bersatu, teguh dan bermaruah.

"Insya-Allah, saya akan kembali," katanya dalam hantaran Facebook pada 16 Mac 2026.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Ahmad Zahid berhubung perkara tersebut.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan