Pemimpin DAP tak puas hati dengan BN

 

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin tidak berpuas hati dengan kegagalan Barisan Nasional (BN) memastikan semua 30 ahli Parlimen hadir untuk mengundi usul had tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 2 Mac 2026.

Berikut adalah hantaran Facebook pemimpin DAP itu pada 3 Mac 2026:

Ada hati nak tanding 115 kerusi pada PRU16, kerana mengintai kerusi PM. Itu hak kamu, boleh tanding semua kerusi. Syaratnya mudah, keluarkan 222 watikah calon. Kami tak ada masalah.

Jika setakat 30 MP pun tak dapat nak pastikan kehadiran penuh. 3 daripada 30 MP kamu tak hadir ke pengundian yang amat mustahak. 

Kami yang ada 79 orang MP, boleh mencatatkan kehadiran penuh (100%)! Kehadiran penuh kami kerana kami sedar dan hormati mandat rakyat dan menyokong reformasi institusi

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan