Naib Ketua UMNO Seremban kecam balik MP DAP Rasah

 

Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mohd. Asna Amin mengecam Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin

Berikut adalah hantaran Facebook beliau pada 4 Mac 2026:

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin marah kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, tiga ahli Parlimen dari BN tidak hadir mengundi RUU bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri maksimum 10 tahun. Tiga penama tersebut ialah:

1. Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sudah digantung keahlian UMNO selama enam tahun, bermula 27 Januari 2023.

2. Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan. MIC hatinya sudah 50-50 bersama BN, buktinya MIC telah menghantar surat pinangan kepada Perikatan Nasional dan pinangan tersebut telah pun mendapat persetujuan pengerusi PN ketika itu, sehingga kini BN masih lagi menunggu surat cerai dari MIC.

3. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir kini berada di Hospital. Bila YB Rasah sakit adakah YB akan datang Parlimen? Jawapannya pasti tidak kerana orang sakit duduknya di hospital bukan dalam Parlimen.

Untuk makluman YB Rasah, Ahli Parlimen Sembrong sudah digantung keahlian UMNO dan ahli parlimen Tapah masih 50-50 untuk bersama BN, dalam erti kata kedua-dua ahli parlimen ini bukan lagi di bawah kawalan Pengerusi BN kerana mereka berdua adalah pro-Perikatan Nasional.

Kenapa YB Rasah nak berasa marah dengan Presiden UMNO? RUU bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri maksimum 10 tahun tiada dalam manifesto Barisan Nasional tapi Pakatan Harapan. Kerajaan hari ini bukan kerajaan Pakatan Harapan tapi "Kerajaan Perpaduan".

Sumber dari mana YB Rasah ambil BN akan bertanding 115 kerusi pada PRU16? Pengerusi BN tidak pernah mengeluarkan kenyataan BN akan bertanding 115 pada PRU16. Saya sediri ada di pemukiman tu, tiada pula saya dengar dari lidah Pengerusi BN yang kita akan bertanding lebih dari 115 kerusi. 

Jangan ambil maklumat separuh masak, awak tu MP, standard kena jaga.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan