Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik PMX

 

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Datuk Seri Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026. 

Katanya, pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

"Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan media pada 4 Mac 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan