Puad desak tubuh RCI siasat skandal mafia korporat

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendesak suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan segera agar siasatan skandal 'mafia korporat' dapat dijalankan secara lebih telus dan dijamin bebas.

Menurut beliau, ahli perniagaan, Victor Chin menafikan terlibat dalam skandal tersebut walaupun namanya dikaitkan dalam pendedahan Bloomberg baru-baru ini.

Namun, katanya, Victor mendedahkan jenayah itu wujud dan tahu siapa yang terlibat.

"Maka tidak ada sebab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lambat bertindak untuk panggil Victor. 

"Siasat segera dengan terperinci. Kalau dia mendakwa ada bukti maka tunggu apa lagi. Jangan tangguh tangguh siasatan. 

"Nampaknya 'mafia korporat' macam jenayah baharu kerana rakyat tidak pernah terdedah dengannya. Amat malang jika ia sudah berlaku banyak kali," katanya dalam hantaran Facebook pada 25 Mac 2026.

Sementara itu, Mohd. Puad mendesak supaya AMLA dikaji semula kerana ia dikatakan kini menjadi akta yang boleh menzalimi.

"Bila disiasat bawah AMLA akaun dan aset dibekukan. Ia ambil masa dinyahhapuskan. 

"Ia juga akta yang boleh dimanipulasi agar seseorang itu mudah didakwa dan digambarkan bersalah. Kini AMLA digunakan pula untuk melakukan jenayah 'mafia korporat'," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan