19 ADUN UMNO BN dan PN ada majoriti mudah bentuk kerajaan NS

 


Berikut adalah kenyataan media bersama 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan pada 27 April 2026:

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengambil maklum akan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan bertarikh hari ini, 27 April 2026.

Pihak kami menghargai keprihatinan yang dizahirkan oleh ADUN-ADUN PN berhubung kemelut yang sedang melanda pentadbiran Kerajaan Negeri pada saat ini. Sehubungan dengan itu, UMNO BN Negeri Sembilan ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

1. Keterbukaan demi Kepentingan Negeri  

UMNO BN menyambut baik kesediaan lima ADUN PN untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan. Dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian. Kami berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera.

2. Majoriti ADUN Mempertahankan Adat  

UMNO BN sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif. Kami percaya bahawa penyatuan suara majoriti ADUN mampu memberikan naratif baharu yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini.

Maka dengan itu, melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO BN telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan