Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tentang data yang digunakan bagi menyokong dakwaan hanya 15 peratus rakyat terkesan akibat kenaikan harga diesel.

Menurut beliau, semua rakyat ingin mengetahui mengenai kesahihan data tersebut dan bagaimana ia diperoleh.

"Ke data yang diberikan kepada PMX ni salah? 

"Rakyat Malaysia yang terkesan mungkin 85% kot berbanding tidak terkesan dengan kenaikan harga diesel 🫤🫤🫤," katanya dalam hantaran Facebook pada 18 April 2026. 

BACA LAGI