SKMM siasat 22 individu sebar berita palsu krisis tenaga global

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 36 kertas siasatan berkait penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital, melibatkan krisis tenaga global.

Katanya, susulan itu, 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan. 

"Manakala sebanyak enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media pada 8 April 2026.

Menurut SKMM, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

SKMM memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu. 

"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada," katanya.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial dan media digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan