DAP mengarahkan seluruh jentera parti bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, persiapan itu perlu dilakukan sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri itu dibubarkan dalam masa terdekat.
Pada masa yang sama, beliau mengulangi pendirian DAP menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
"DAP tidak akan bersetuju dengan apa-apa cadangan pertukaran Menteri Besar ketika ini selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada gagal," katanya dalam kenyataan media pada 5 Mei 2026.

0 Ulasan