"Patutlah level 30 ringgik jer" Akmal sayurkan Lim Guan Eng

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, Penasihat DAP, Lim Guan Eng dan sekutunya patut berasa malu dengan penganjuran Festival Muzik Air di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, mereka tidak tahu membezakan antara budaya Malaysia dan disko jalanan yang mereka banggakan.

"Patutlah level 30 ringgik jer," katanya dalam hantaran Facebook pada 5 Mei 2026.

Terdahulu, Guan Eng yang sedang berdepan kes mahkamah mendakwa, ekstremis atau pelampau dalam Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan PAS sepatutnya berasa malu apabila cuba menghasut dan memecahbelahkan orang awam menentang kejayaan festival berkenaan.

Kata anak Tan Sri Lim Kit Siang itu, program tersebut mencatatkan kejayaan selepas Malaysian Inbound Tourism Association menganggarkan kehadiran 180,000 pengunjung dan menjana hasil sebanyak RM200 juta.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan