Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bertanya sama ada Perikatan Nasional (PN) akan menyokong Pakatan Harapan di peringkat Pusat.
Beliau membangkitkan persoalan itu berikutan tindakan dua ADUN PN di Negeri Sembilan iaitu Ridzuan Ahmad (Gemas) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu) mengubah pendirian mereka kepada berkecuali dalam krisis politik di negeri itu.
Sebelum ini, kedua-duanya menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
"Adakah ini juga keputusan PN Negeri Sembilan? Jadi kalau di Negeri Sembilan boleh sokong PH yang ada DAP dalamnya, maka bolehlah sokong di peringkat Pusat kan?
"UMDAP kini menjadi BERSEDAP?? Betullah kata Datuk Seri Hamzah rupanya. Tahniah ler," katanya dalam hantaran Facebook pada 4 Mei 2026.

0 Ulasan