Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengesahkan berita yang tular bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit pada PRN Johor 11 Julai 2026.
Menurut beliau. keputusan itu telah dibuat sejak setahun lalu dan hasrat tersebut telah dimaklumkan dua minggu lalu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
"Faktor usia adalah faktor utama. Saya sudah berusia 69 tahun. Kalau lima tahun lagi saya akan berumur 74 tahun. Pada saya tidak sesuai di usia tersebut mahu bertanding lagi di kerusi DUN.
"Onn Hafiz wajar diberi peluang memimpin barisan muda bertanding dan memimpin kerajaan negeri. Sepatutnya yang berusia 50 tahun ke bawah sahaja yang wajar bertanding di kerusi DUN.
"Walau bagaimanapun saya telah memberikan cadangan ciri ciri pelapis yang perlu dipertimbangkan. Sudah tentu mesti berkelulusan, berakhlak, komited kepada perjuangan dan faham hala tuju bangsa.
"Saya harap Onn Hafiz menerima dan melaksanakannya," katanya dalam hantaran Facebook pada 17 Jun 2026.

0 Ulasan