Puad umum keluar UMNO

 

Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengumumkan beliau keluar UMNO secara serta-merta mulai 25 Jun 2026.

Sehubungan itu, menurut beliau, UMNO tidak perlu bersusah-payah memecatnya. 

"Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang. 

"Kini saya bebas mengkritik UMNO satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia," katanya dalam hantaran Facebook.

Mohd. Puad menafikan tindakan itu dilakukan atas kepentingan diri.

"Buat apa saya keluar ketika UMNO dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi. 

"Saya tinggalkan UMNO di saat KJ, Hishamuddin, Noh Omar kembali masuk UMNO bila melihat parti tambah kuat. 

"Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?" soalnya.

Beliau berkata, alasan utamanya keluar parti adalah kerana UMNO Johor didakwa tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal pihak tertentu.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan