Parlimen bukan tempat bertegang urat, maki hamun, tabur fitnah - Agong

 

Gambar: FB Sultan Ibrahim


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Parlimen bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki hamun atau menabur fitnah. 

Titah Seri Paduka, Parlimen adalah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara. 

"Ahli-ahli yang berhormat hendaklah menjadi benteng perpaduan negara, dan bukannya ejen perpecahan rakyat. 

"Justeru itu, hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu, dan jangan hanya mementingkan parti atau kelompok sendiri sahaja. 

"Saya perhatikan, dalam persidangan dewan pada tahun lalu, ahli-ahli dewan telah banyak berubah dan menunjukkan sikap yang lebih sopan. Tahniah kepada semua," titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-14 hari ini.

Namun begitu, titah Sultan Ibrahim, masih ada juga segelintir ahli yang sukar untuk membuang tabiat lama. 

"Tidak perlu saya senaraikan perangai buruk tersebut, kerana saya percaya, setiap ahli sedar dan tahu, bagaimana untuk menjaga tingkah-laku masing-masing," titah Seri Paduka.


BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan