Veteran UMNO menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyamakan UMNO dengan ‘lalat’ sebagai sengaja menghina parti itu.
Kenyataan itu juga didakwa berniat jahat untuk memutarbelit maksud sebenar kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Dr Mahathir tahu bahawa kenyataan Kor Ming mengenai ‘lalat’ sebenarnya merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, dan bukannya kepada UMNO secara keseluruhan.
“Kor Ming menganggap dirinya sebagai singa yang tidak mahu berlawan dengan lalat, merujuk kepada Akmal. Tetapi Dr Mahathir sengaja memutar kenyataan itu dengan niat menghina UMNO.
"Kalau bahasa Melayu beliau difahami terbalik, seperti ‘kereta api’ jadi ‘api kereta’, barangkali kenyataan itu boleh diterima. Tetapi niat jahatnya terhadap UMNO jelas di sebalik kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri ketujuh sepatutnya bersikap lebih matang, terutamanya selepas melantik Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, sebagai Menteri Kewangan sewaktu pentadbirannya.
“Ketika ditanya mengapa melantik Guan Eng, beliau menjawab kerana Guan Eng mahukan jawatan itu.
"Jadi, bukankah ketika itu beliau sendiri umpama lalat dan Guan Eng singa? Sepatutnya beliau adalah singa kerana beliau Perdana Menteri pada masa itu,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, Mustapha berkata, Veteran UMNO tidak berhasrat memanjangkan isu ini kerana menghormati usia dan keadaan Dr Mahathir yang dianggap semakin lanjut.
“Demi keadilan terhadap tuduhan beliau kepada UMNO, kami terpanggil untuk memberi penjelasan. Nasihat kami kepada Dr Mahathir, berhentilah mengeluarkan kenyataan atau komen yang tidak matang semata-mata kerana dendam terhadap UMNO.
"Allah telah memberikan beliau usia yang panjang, gunalah waktu yang tersisa ini untuk bertaubat atas dosa memecahbelahkan Melayu dan perbanyakkan amalan di surau serta masjid,” katanya.
Veteran UMNO turut menyeru agar semua pihak fokus kepada perpaduan dan pembangunan bangsa, tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak secara tidak wajar.
Check out Cooling Mat Self-Cooling Gel Pad Portable Multifunctional for Improved Sleep Summer Home for RM45.54 - RM82.67. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/3VUyD0nIK9?share_channel_code=1 |
0 Ulasan