KPKT jangan halang garis panduan ketat jualan arak - Dewan Ulamak PAS

 


Dewan Ulamak PAS menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya memperhalusi semula garis panduan penjualan arak secara menyeluruh di seluruh negara.  

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, langkah ini penting bagi memastikan penjualan arak hanya dikhususkan kepada golongan bukan Islam dan meminimumkan kesan negatif pengambilan alkohol terhadap individu, keluarga, dan masyarakat.  

Menurut beliau, cadangan larangan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu Islam seperti Ulu Chepor dan Kampung Sungai Rokam, Ipoh baru-baru ini, adalah langkah tepat yang perlu dikuatkuasakan tanpa sebarang campur tangan pihak lain.  

“Penguatkuasaan ini penting untuk menjaga keharmonian masyarakat dan mengurangkan kesan buruk arak. 

"KPKT tidak seharusnya menghalang sebarang usaha melaksanakan garis panduan ketat ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.  

Ahmad turut mencadangkan agar garis panduan ketat seperti konsep Zon Kawalan Arak yang diamalkan di Singapura dilaksanakan di negara ini. 

Langkah itu, katanya, mampu mengawal penjualan dan pengambilan arak secara lebih sistematik.  

“Kejadian pergaduhan dan kecelakaan jalan raya akibat pengaruh alkohol sudah terlalu banyak berlaku. 

"Kerajaan tidak boleh sekadar beralasan dengan isu perpaduan untuk menolak pelaksanaan pengawalan ini,” tegasnya.  

Ahmad turut menekankan bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengambil pendekatan serius dan terbuka terhadap bahana arak dalam masyarakat.  

“Kami berharap pihak berkuasa bersikap tegas terhadap garis panduan penjualan arak. 

"Ini adalah langkah penting untuk memastikan masyarakat terlindung daripada kesan buruk alkohol,” katanya.  

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan semua pihak supaya tidak memandang ringan isu ini dan mengambil tindakan segera demi kebaikan bersama.  


BACA LAGI






Check out 200gm. roasted sacha inchi. Tidak kelat. beli terus makan.kebun sacha inchi  Perak. for RM23.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/60CHSmM0rR?share_channel_code=1 



Catat Ulasan

0 Ulasan