Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook Lau Yiak Kwang, susulan kenyataan berbaur penghinaan yang tular di media sosial.
Dalam hantaran di Facebook, Dr. Akmal mendakwa Yiak Kwang telah membuat kenyataan dalam bahasa Cina yang diterjemahkan oleh Adrian Lim Chee En sebagai “Melayu gila / kuda gila.”
“Bila dah dikantoikan dengan kenyataan Adrian dan Liyana Marzuki, mamat ni terus maklumkan yang dimaksudkan itu adalah mengenai diri saya ‘Akmal yang sentiasa bertindak tidak mengikut akal’ walaupun tiada langsung nama Akmal ditulis dalam posting sebelum itu,” katanya.
Menurut Dr. Akmal, kenyataan tersebut bukan sahaja satu tuduhan berat terhadap dirinya, malah sekiranya terjemahan yang tular itu benar, ia merupakan satu penghinaan terhadap orang Melayu secara keseluruhan.
Justeru, beliau akan mendapatkan khidmat peguam peribadi dan barisan peguam Pemuda UMNO untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.
“Kita nak tengok nanti siapa yang tiada akal bila di mahkamah dan siapa jadi gila nanti,” ujarnya.
Dalam hantaran yang sama, Dr. Akmal turut menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, supaya menegur individu terbabit dan tidak membiarkannya terus bersikap kurang ajar.
“Kita jumpa di mahkamah nanti!” katanya.
Check out Wangian Kasturi Kijang Original Minyak Wangi Kasturi Putih Hitam Sunnah for RM60.00 - RM160.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/qUFua24fK?share_channel_code=1 |
0 Ulasan